BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

L I V E with no EXCUSES and L O V E with no REGRETS.

Dad's lil girl

My Photo
Kuala Lumpur, muslim, Malaysia
View my complete profile

Followers

Apr 12, 2012

AMARAN: Jauh diri dari pantai

KUALA LUMPUR: Walaupun kerajaan Indonesia sudah menghentikan amaran tsunami pertama di negara terbabit jam 6.45 petang semalam, tetapi penduduk di empat negeri di utara tanah air di sini, dinasihatkan supaya menjauhkan diri daripada berada di kawasan pantai.


Timbalan Ketua Pengarah (Ramalan) Jabatan Meteorologi Malaysia, Che Gayah Ismail berkata, nasihat berkenaan diberikan sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak berlakunya ombak tsunami di kawasan berkenaan.


“Kami menasihatkan semua penduduk di utara termasuk Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang menjauhkan diri mereka supaya tidak terbabit sebarang aktiviti di kawasan pantai untuk mengelak kejadian tidak diingini.


“Sebab kami takut sekiranya berlaku ombak tsunami di kawasan pantai, sekali gus menjejaskan keselamatan mereka sekiranya berada di kawasan terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

0 comments: